Sport

Klopp jelaskan punca Virgil van Dijk dikeluarkan awal

BRENTFORD 3 LIVERPOOL 1

Penggantian Virgil van Dijk dalam separuh masa pertama ketika Liverpool kecundang 1-3 dalam kunjungan ke Brentford, awal pagi tadi, merupakan satu langkah berjaga-jaga memandangkan pertahanan itu bergelut dengan keamatan permainan, jelas Jurgen Klopp.

Klopp jelaskan punca Virgil van Dijk dikeluarkan awal

Berikutan jaringan sendiri Ibrahima Konate sementara tandukan Yoane Wissa menghukum Liverpool sebelum rehat, Klopp membuat rombakan drastik dengan mengeluarkan Van Dijk, Konstantinos Tsimikas dan Harvey Elliott.

Walaupun pemain gantian iaitu Joel Matip, Andrew Robertson dan Naby Keita pada mulanya memberi impak positif, tetapi mereka masih belum mampu menyekat kekalahan sulung The Reds kepada The Bees sejak 1938.

Van Dijk memulakan permainan sebagai ketua pasukan berikutan Jordan Henderson dan James Milner diketepikan, lantas situasi itu mengundang persoalan mengenai kecergasannya.

Image

Bagaimanapun, Klopp — dalam sidang akhbar selepas perlawanan — mendedahkan ia satu tindakan demi mengelak tonggak Belanda itu daripada dilanda kecederaan berpanjangan: “Virgil berasa sedikit ketegangan otot tetapi dia dalam keadaan baik-baik saja dan dia cukup bagus untuk menilai perkara seperti ini.

“Tetapi saya tidak mahu mengambil sebarang risiko — ahli fisioterapi kelihatan agak gembira apabila saya berkata kami tidak akan mengambil risiko. Saya fikir ia bukan dipengaruhi faktor kecederaan, cuma dia berasakan keamatan permainan ini.

“Dua pertukaran selebihnya adalah tentang taktikal. Kami jelas mempunyai peluang juga.

“Kami memasukkan Naby yang saya fikir beraksi dengan sangat bagus dan kelibat Robbo selepas rehat adalah apa yang kami perlukan.

“Kami memerlukan kederasan di bahagian benteng dan itulah sebabnya saya membuat kedua-dua pertukaran ini.”

Source: stadiumastro.com

Related Posts

Scottie Scheffler follows in Tiger Woods’ footsteps after caddie decision

Masters champion Scottie Scheffler has won more than $62 million in prize money alone this year – with his caddie Ted Scott needing an accountant due to his…

Rory McIlroy Ends Alleged Beef With Tiger Woods by Protecting Him From ‘Greed’ Allegations

The golf world has no shortage of topsy-turvy news right now, especially with the $3B merger looming over. As the PGA Tour-PIF merger talks have taken a contentious…

PGA Tour players’ demand to LIV Golf defectors shows how far away merger still is

A fresh claim has emerged about one of the major sticking points amid ongoing talks between both parties over the proposed PGA Tour and LIV Golf merger amid…

Petty, Vindictive & Greedy’: Golf Reporter Shreds Tiger Woods Over Jon Rahm Mistreatment

The golf world recently got struck with a major thunderbolt update on the PGA Tour-LIV Golf merger. PGA Tour players are now demanding reparations from golfers who defected…

‘PGA Tour Players Want Jon Rahm to Return LIV Golf Money’: Insiders Spill Apalling Reason Behind Merger Failures

Remember the delay between the PGA Tour-LIV merger that has the entire golf world in a chokehold? The drama is taking another turn with PGA Tour players demanding…

Tiger Woods’ Time Has Come

With another surgery performed last week, when will Tiger call it quits on the PGA Tour? Tiger Woods and surgery seem to be synonymous. Not a stranger to…